Wednesday, December 4, 2013

Berita lengkap penahanan suspek kes tembak pegawai Ambank



berita lengkap penahanan suspek kes tembak pegawai ambank 1


Berita lengkap penahanan suspek kes tembak pegawai Ambank  | Pengawal keselamatan yang juga suspek yang menembak mati seorang pegawai operasi bank Ambank di Subang Jaya baru-baru ini akhirnya berjaya diberkas dalam satu serbuan di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah, suspek ditahan kira-kira pukul 7 pagi ini oleh Pasukan Op Cantas Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Seorang lelaki dipercayai suspek utama dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank telah ditahan di Kota Tinggi. "Pihak polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan," katanya. "Kita sangat berterima kasih dengan kerjasama daripada orang ramai dan keprihatinan mereka dalam kes ini. "Hingga suspek utama kes menembak mati seorang pegawai bank dan rompakan ini berjaya ditahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 23 Oktober lalu, pegawai operasi sebuah bank Norazita Abu Talib ditembak mati dengan 'pump gun' sebaik sahaja mangsa membuka pintu bilik kebal bank berkenaan di Jalan USJ Sentral 2. Supek kemudiannya melarikan diri bersama wang berjumlah RM450,000 dengan menaiki motosikal. Polis telah menahan tujuh individu termasuk rakan serta saudara pengawal keselamatan bekenaan. Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar turut merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan pihak polis memberkas suspek. "Kita harap orang ramai dapat berkerjasama dengan pihak polis dalam membanteras jenayah," katanya di laman twitter beliau. -Bernama

.

No comments:

Post a Comment